❤I've been used to reserving myself. Only by doing this won't I get hurt when I'm leaving.❤
❤No matter what have happened and whether you are ready or not, every next moment is gonna be a brand new start.❤
❤Whatever you do, remember that you do it for yourself, then you will not complain.❤
❤If you get tired one day, you will see my smile as long as you turn around.❤

Thursday 29 September 2011

Rancangan Pelajaran Harian Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1

Mata Pelajaran dan Kelas : Dunia Sains dan Teknologi Tahun Satu
Tema/ Tajuk : Sains Hayat /Tumbuhan
Masa : 2 waktu

1. Standard pembelajaran: 4.1.3, 4.1.4 dan 4.1.5


2. Objektif pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
l. membuat pemerhatian dan mengenal pasti ciri tumbuhan yang diperhatikan.
ll. menyatakan persamaan dan perbezaan bahagian satu tumbuhan dengan tumbuhan lain.
lll. membuat generalisasi ada bahagian tumbuhan yang sama dan ada bahagian tumbuhan yang berlainan.



3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
l. Murid di bawa ke luar bilik darjah untuk membuat pemerhatian dan mengenal pasti bahagian-bahagian pokok keembong dan membanding beza pokok keembong dengan pokok yang dipilih dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.
ll. Murid diberi pengukuhan dengan menjawab soalan secara drag and drop menggunakan Teaching Couesrware Science Year 1 yang telah disediakan

4. Elemen Merentas Kurikulum (EMK): TMK, Kreativiti


5. Bahan Bantu Belajar: Teaching courseware Science Year 1, tumbuhan di sekeliling sekolah


6. Penilaian pengajaran dan pembelajaran: Menggunakan Lembaran Kerja 3 ms 85 (Modul p&p)


7. Refleksi:
l. 40 orang murid mencapai objektif pembelajaran 1 dan 2
ll. 30 orang murid mencapai objektif pembelajaran 3, 10 orang diberi bimbingan untuk menjawab Lembaran Kerja 3 ms 79 (Modul P&P).

No comments:

Post a Comment